Kingdom adalah siri TV K-Drama asli daripada Netflix dengan tema zombi. Ia mempunyai penyampaian cerita yang sedikit berbeza berbanding dengan kebanyakan cerita zombi lain. Siri Kingdom ini mempunyai dua musim dan anda boleh di Netflix. Epidemik zombi dalam siri TV ini berlaku secara misteri dan telah memporak-perandakan keseluruhan Joseon.

Pada episod akhir musim kedua, punca epidemik ini telah didedahkan dan semuanya bermula kerana sejenis tumbuhan yang digelar sebagai Resurrection Plant atau tumbuhan kebangkitan. Hari ini, Netflix telah memperlihatkan video acah baharu bagi episod khas Kingdom: Ashin of the North – iaitu kesinambungan untuk menjelaskan lagi permulaan wabak zombi ini.

Ia bermula dengan seorang gadis dengan nama Ashin yang menyedari tumbuhan ini boleh membangkitkan mereka yang sudah mati dan menggunakannya untuk membantu ibu beliau. Tetapi tanpa diduga tumbuhan yang hidup di hutan secara semula jadi mengubah manusia menjadi zombi sehingga menjadi huru-hara. Episod khas ini akan disiarkan pada 23 Julai akan datang.

Sementara itu, anda boleh tonton ulasan kami untuk musim pertama dan juga musim kedua sebagai persediaan sebelum menonton episod khas ini.

Sohor Kini