Netflix hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa satu episod khas berdasarkan siri Kingdom, iaitu Kingdom: Ashin Of The North di mana ia akan memfokuskan penceritaan sampingan berdasarkan musim kedua siri tersebut. Menurut Netflix, episod ini akan ditayangkan secara global pada tahun hadapan.

Menurut Netflix, episod khas ini akan memfokuskan watak lakonan Gianna Jun sebagai Ashin yang diperlihatkan ketika penghujung musim kedua siri tersebut termasuklah watak Min Chi-rok yang dilakonkan oleh Park Byung-eun.

Episod khas ini juga akan dihasilkan oleh Baram Pictures, BA Entertainment, Studio Dragon. Ia juga akan diterbitkan oleh Kim Eun-hee dan Kim Seong-hun seperti musim-musim sebelum ini. Kami juga sebelum ini telah berkongsi ulasan musim kedua di mana anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini