Netflix telah mengumumkan yang Kingdom: Ashin of the North iaitu episod tambahan untuk siri Kingdom akan disiarkan pada 23 Julai 2021. Mereka pertama kali mengumumkan episod tambahan ini pada tahun lepas dan kini tarikh siaran akhirnya dikongsi.

Melalui episod ini, ia akan memfokuskan watak lakonan Gianna Jun sebagai Ashin yang diperlihatkan ketika penghujung musim kedua siri tersebut termasuklah watak Min Chi-rok yang dilakonkan oleh Park Byung-eun. Ia juga akan memperlihatkan bagaimana bermula epidemik kesan daripada Resurrection Plant yang memporak-perandakan Joseon.

Siri Kingdom boleh ditonton di Netflix dan mempunyai 2 musim anda boleh melihat ulasan kami untuk musim pertama dan juga musim kedua.

Sohor Kini