Apple hari ini telah mengumumkan beberapa permainan yang akan tiba di dalam perkhidmatan langganan permainan mudah alih mereka iaitu Apple Arcade. Antara permainan yang akan tiba adalah Ultimate Rivals: The Court, Super Leap Day dan Super Strickman Golf 3. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuk kedua-duanya.

Ultimate Rivals: The Court adalah permainan bola keranjang arked yang akan menyertakan pelbagai karakter popular daripada sukan-sukan berbeza seperti Shaquille O’Neal, Candace Parker, dan Alex Morgan. Terdapat juga selebriti seperti Dwayne Johnson (The Rock).

Super Leap Day adalah permainan platformer yang akan menyertakan peringkat baharu setiap hari, pemain perlu melalui pelbagai halangan dan juga perangkap. Super Stickman Golf 3 pula adalah permainan yang sudah dikenali ramai iaitu permainan 2D Golf dengan rekaan grafik Stickman.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini