Summer Game Fest sedang berlangsung dan menjadi permulaan untuk minggu yang sibuk bagi pengikut permainan video. Semasa acara Kickoff Live, mereka telah mengumumkan pelbagai permainan. Permainan pertama yang diumumkan adalah Tiny Tina’s Wonderlands, iaitu seperti yang tertiris sebelum ini adalah permainan sampingan untuk dunia Borderlands.

Tiny Tina’s Wonderlands adalah permainan kendiri dan bukan DLC untuk Borderlands 3. Ia akan dilancarkan pada awal tahun hadapan. Seperti Borderlands ia akan menyertakan sesi permainan secara solo dan juga multi-pemain sehingga 4 pemain dan pelbagai kandungan tambahan selepas permainan utama berakhir.

Maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi sekitar suku ketiga tahun ini.

Sohor Kini