Selain filem dan siri TV, watak-watak adiwira Marvel juga sering dijadikan sebagai permainan video. Square Enix hadir dengan Marvel’s Avengers dan bakal mengumumkan permainan Guardian of the Galaxy. Terdapat juga permainan Marvel’s Spider-man oleh Insomniac Games. Terbaru, kita mungkin akan menerima permainan seakan XCOM tetapi menggunakan watak-watak Marvel yang akan dibangunkan oleh Firaxis.
Perkara ini telah dinyatakan melalui satu penulisan di Reddit, kebiasaannya kami tidak mengambil apa yang dinyatakan di Reddit sebagai sumber yang sah akan tetapi Jason Schreier iaitu editor untuk Bloomberg telah mengatakan yang kebanyakan yang tertulis adalah benar dan dia sendiri tidak sabar untuk melihat ‘XCOM Marvel’.
Namun, beliau mengatakan yang tidak disahkan lagi jika semua yang tertiris akan diumumkan semasa E3. Selain XCOM Marvel, turut dikatakan yang Borderland akan menerima permainan sampingan iaitu Wonderland yang memfokuskan kepada Tiny Tina.