Sebentar tadi, telah kami laporkan yang siri TV sampingan Black Lightning iaitu Painkiller dibatalkan. Tiada sebab jelas kenapa diberikan, tetapi dengan siri Black Lightning sudah hampir tamat – mungkin fokus kepada projek siri TV lain bagi kembangkan lagi dunia Arrowverse.

Di samping itu, siri TV baharu The CW Naomi yang mula dilaporkan sejak Februari lepas telah menjadi fokus baru The CW. Naomi adalah antara watak yang dihasilkan oleh Brian Michael Bendis, sama seperti Jessica Jones, Miles Morales, Ironheart, dan Daisy Johnson. Watak Naomi atau nama penuh Naomi McDuffie adalah individu yang ada kuasa berasaskan tenaga seakan Captain Marvel dan didakwa mempunyai kekuatan lebih hebat daripada Superman.
Siri TV ini akan memfokuskan asal-usul beliau bersama rakan-rakan lain dalam komik seperti Akira atau musuh Zumbado. Dalam komik beliau pernah berganding bahu dengan Young Justice. Tetapi ini adalah cerita The CW, tidak terkejut jika Naomi yang dilakonkan oleh Kaci Walfall akan muncul dalam siri TV seperti Stargirl, Superman and Lois, Batwoman, The Flash, atau Legends of Tomorrow. Sama-sama kita nantikan.