Sehingga hari ini ekonomi hiburan seperti pawagam masih belum pulih seperti biasa. Banyak lagi filem yang sepatutnya ditayangkan pada tahun 2020 ditunda, ada yang terus boleh distrim, ada yang boleh disewa ada juga yang masih tiada tarikh atau apa jua khabar.

Terkini, filem Free Guy yang kali terakhir dikatakan tunda tanpa sebarang tarikh – menerima kemaskini yang ia akan ditayangkan di pawagam pada 13 Ogos. Namun, tarikh tayangan tempatan masih tiada khabar lagi. Filem ini adalah filem lakonan Ryan Reynolds yang mana beliau memainkan watak Non-Player Character (atau NPC) dalam sebuah permainan video. Daripada watak tanpa arah tujuan beliau mula sedar dan protes – terus menjadi watak utama.

Bayangkan konsep seakan Wreck-It Ralph, tetapi aksi nyata dan ia Deadpool adalah watak utama. Filem ini dikatakan tidak akan ditawarkan secara digital selama 45 hari, kerana ia adalah eksklusif untuk tayangan di pawagam. Hanya selepas tempoh ini barulah ia akan disiarkan di Disney+.

Seterusnya, filem MCU yang akan ditayangkan pada 3 SeptemberShang-Chi and the Legend of the Ten Rings. Filem ini juga akan menjadi eksklusif di pawagam dan tidak akan ditawarkan dalam sewaan seperti Premiere Access dalam Disney+. Seperti Free Guy, selama 45 hari filem ini akan eksklusif ditayangkan di pawagam.

Filem ini adalah kisah anak kepada The Mandarin sebenar dalam dunia MCU, yang mana bukan versi lakonan Ben Kingsley yang dipertontonkan dalam Iron Man 3. Simu Liu adalah pelakon Shang-Chi dan beliau dilihat akan bertentang dengan kumpulan penjahat legenda yang diketuai oleh bapa beliau. Kedua-dua mempunyai kuasa unik yang masih belum didedahkan bagaimanakah iterasi Marvel untuk MCU.

Filem Jungle Cruise pula, iaitu filem pengembaraan lakonan Emily Blunt dan Dwayne “The Rock” Johnson kekal seperti sebelum ini – akan ditayangkan pada 30 Julai. Tetapi, bagi yang tidak sabar filem ini akan ditawarkan secara sewaan melalui Premiere Access dalam Disney+. Harga sewaan adalah seperti sebelum ini, iaitu $29.99 dan hanya boleh distrim secara percuma selepas beberapa bulan.

Filem ini dikatakan adalah seakan Indiana Jones, tetapi watak utama adalah wanita dan ada The Rock. Kita kenali The Rock, apa jual filem masuk ke hutan atau pengembaraan ke dunia asing atau memburu harta karun – itulah kepakaran beliau.

Akhir sekali adalah filem Black Widow, iaitu filem MCU terbaru selepas dua tahun tiada filem MCU. Filem ini diklasifikasikan dalam dunia MCU Fasa-4, tetapi adalah prekuel kerana menceritakan kisah silam Natasha Romanoff. Filem ini akan mendedahkan keluarga beliau, mempertontonkan watak Red Guardian lakonan David Harbour dan Taskmaster iaitu penjahat yang boleh “copy paste” skil/kebolehan pesaing. Filem ini juga kekal ditayangkan pada 9 Julai dan turut boleh disewa pada harga $29.99 di tarikh sama melalui Premiere Access Disney+.

Disney masih sedang mengkaji perubahan pasaran, dan tiada kata putus filem mana boleh disewa, filem mana percuma distrim dan juga filem mana eksklusif di pawagam. Semua filem dimiliki mereka apa yang pasti akan masuk ke Disney+, cuma tiada kepastian bila. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply