Filem Free Guy Dan Death On The Nile Tunda Sehingga Diumumkan

Covid-19 telah mengganggu banyak perniagaan, ekonomi menjadi huru-hara, lebih 800,000 orang hilang pekerjaan dan sudah semestinya banyak filem-filem menarik ditunda sehingga tahun hadapan dan/atau dimasukkan terus ke dalam platform pentsriman video.

Pawagam pun sudah tutup di Malaysia sepenuhnya pada 2 November lepas dan tiada tarikh bila ia akan kembali beroperasi. Terkini, GSC telah mengumumkan yang filem Free Guy dan filem Death On The Nile terus ditunda tanpa sebarang tarikh.

Free Guy yang sepatutnya ditayangkan pada Julai lepas, baru sahaja menerima tarikh tayangan baru – iaitu 11 Disember. Tetapi nampaknya kita mungkin tidak berpeluang tonton filem ini tahun ini di pawagam. Ia adalah filem di mana watak NPC dalam permainan video sedar diri dan menjadi watak utama bagi membebaskan diri.

Death On The Nile pula adalah adaptasi dari novel 1937 hasil karya Agatha Christie. Filem ini diarahkan oleh Kenneth Branagh yang juga merupakan watak utama iaitu detektif dengan nama Hercule Poirot. Filem ini adalah sekuel kepada filem Murder on the Orient Express yang juga merupakan adaptasi dari novel Agatha.

Sohor Kini