Seperti yang semua sedia maklum, semua pawagam terpaksa ditutup akibat wabak koronavirus Covid-19. Penutupan pawagam ini memberi kesan kepada filem-filem baru yang bakal ditayangkan, seperti terpaksa ditangguhkan atau terus disertakan dalam platform penstriman video. Sebentar tadi, senarai tarikh-tarikh baru bagi filem-filem MCU telah kami laporkan. Kali ini, kami senaraikan pula filem-filem dari Disney dan 20th Century Studios.

Filem olahan semula dari animasi ke aksi nyata tahun ini adalah Mulan. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada bulan lepas, 26 Mac. Namun pada, 13 Mac kami telah melaporkan yang tayangan filem ini terpaksa ditunda. Tarikh baru tayangan filem ini adalah pada 24 Julai 2020. Filem dari 20th Century Studios pula adalah Free Guy, yang pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 3 Julai 2020. Tarikh baru bagi filem ini pula adalah 11 Disember 2020.

Bagi filem-filem Disney dan 20th Century Studios yang lain, ini adalah tarikh tayangan mereka untuk ditayangkan di Malaysia;

  • Jungle Cruise – 30 Julai 2021
  • Indiana Jones 5 (tiada judul tetap dan jalan cerita lagi) – 29 Julai 2022
  • Artemis Fowl – Tayangan dibatalkan, aka disertakan dalam Disney+

Berdasarkan senarai ini, dua filem akan dapat kita tonton pada tahun ini dari Disney dan 20th Century Studios. Lain-lain adalah pada tahun 2021 dan 2022. Paling mengecewakan adalah Artemis Fowl yang terus dibatalkan. Sudahlah kita masih tidak tahu lagi, bila Disney+ akan tiba di Malaysia. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan berita lanjut seperti video acah, sinopsis dan sebagainya. Terus ikuti Aksiz untuk berita filem dan siri TV terkini.

Sohor Kini