GLU Mobiles Kini Dimiliki Oleh EA

EA atau Electronic Arts sedia terkenal dengan banyak permainan video menarik untuk pelbagai platform. Daripada komputer ke konsol sehinggalah permua. Antara permainan video dan permua menarik mereka adalah FIFA Mobile, siri Star Wars, Need For Speed dan banyak lagi. Februari lalu, EA menyatakan mereka sedang berbincang untuk mengambil-alih GLU Mobile. Kini perjanjian ini sudah tamat dan GLU Mobile dimiliki oleh EA.

EA telah membeli Glu Mobile pada harga $2.1 bilion – iaitu sekitar RM8.6 bilion. bagi terus fokus ke arena permainan mudah alih. Glu Mobile adalah syarikat di sebalik permua dengan IP hebat seperti  Covet FashionDesign HomeKim Kardashian: Hollywood, and the MLB Tap Sports Baseball, siri Diner Dash, Disney Sorcerer’s Arena dan banyak lagi. Permua-permua GLU percuma dimainkan, tetapi dengan banyak pembelian-dalam-aplikasi untuk nyahkunci pelbagai lagi kandungan.

EA turut menyatakan yang mereka ingin kembangkan lagi pasaran permua menjadi peneraju permua terbesar dunia. Dengan 100 juta pemain aktif setiap bulan, membeli GLU boleh menjadikan impian mereka tercapai. Selain itu, pelbagai dengan IP yang dimilik GLU, pengalaman EA, pelbagai permua baru dengan genre sukan, gaya hidup, permua kasual akan dihasilkan dengan pengalaman bermain lebih menarik.

EA mempunyai 300 pembangun permua, GLU pula ada 500 pembangun – kesemua 500 akan diserap masuk ke EA menjadikan jumlah keseluruhan pembangun permua EA seramai 800 orang. Strategi ini akan membuatkan mereka lebih fokus ke arena ini, menambah lagi pemain setia, menembusi lebih banyak pasaran dan turut boleh menjana lebih keuntungan.

Sohor Kini