EA hari ini mengumumkan mereka telah membeli studio penerbit permainan mudah alih Glu Mobile dengan kos sebanyak $2.1 bilion (RM8.53 bilion) di mana EA membayar $12.50 (~RM50) untuk satu unit saham iaitu 36% lebih tinggi berbanding harga di pasaran saham.

Glu Mobile merupakan penerbit untuk pelbagai permainan mudah alih antaranya adalah Kim Kardashian: Hollywood, Disney Sorcerer’s Arena, Diner Dash Adventures, dan Cooking Dash. Pada tahun lepas, mereka telah menjana keuntungan sebanyak $349 juta (~RM1.4 Bilion).

Dengan pengambil-alihan ini, EA berharap mereka dapat memperluaskan lagi tawaran permainan mudah alih dan juga mengembangkan penawaran permainan live-service mereka di arena permainan mudah alih.

Sohor Kini