Jika anda memiliki sebuah sistem peranti realiti maya Oculus Quest 2, Capcom baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan salah satu permainan paling popular mereka, Resident Evil 4 untuk peranti realiti maya.

Terkini, Capcom telah mengumumkan sedikit butiran lanjut mengenai pembangunan permainan tersebut dan bagaimana mereka, bersama-same dengan Armature akan mengolah-semula permainan ini untuk menjadikannya lebih mendalam didalam ruang realiti maya.

Dengan permainan-permainan sebelum ini, pemain akan perlu memasuki menu untuk menggunakan senjata dan sebagainya, tetapi dengan versi Oculus Quest 2 ini, pemain hanya perlu menyeluk bahagian sisi Leon Kennedy untuk menggunakannya,

Untuk menggerakkan watak Leon pula, pemain mempunyai pilihan untuk menggerakkannya melalui kayu analog, ataupun menggunakan fungsi teleportasi ruang-ke-ruang yang baru dibangunkan oleh Armature jika diingini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Resident Evil 4 untuk Oculus Quest 2 ini akan dilancarkan.

Leave a Reply