Capcom baru sahaja mempertontonkan Resident Evil Showcase iaitu acara khusus untuk berkongsi maklumat terbaru mengenai siri permainan Resident Evil, dan kali ini sudah semestinya mereka memfokuskan kepada Resident Evil Village tetapi mereka juga berkongsi mengenai siri Resident Evil yang lain.
Anda boleh tontonnya secara penuh melalui video di bawah, tetapi kami akan ringkaskan-nya di dalam artikel ini.
Treler Baharu
Ia bermula dengan Capcom berkongsi treler terbaru untuk Resident Evil Village yang juga merupakan treler keempat untuk permainan ini. Ia kali ini memperlihatkan bagaimana Ethan Winters ditangkap oleh adik kepada Lady Dimitrescu tetapi terlepas, namun berbanding terselamat, dia ditangkap oleh Lady Dimitrescu. Chris Redfield juga diperlihatkan sekali lagi, tetapi beliau tampaknya bergaduh dengan Ethan oleh itu tidak pasti peranannya di dalam permainan ini.
Demo
Resident Evil Village juga akan menerima demo baharu untuk semu platform akan tetapi pengguna PlayStation 4 dan PlayStation 5 akan mendapat akses tambahan untuk demo tersebut dan lebih awal, ia juga boleh mula di pra-muat untuk kedua-dua konsol tersebut. Berikut adalah jadual untuk demo;
- Semua Platform: 8 Pagi, 2 Mei – 8 Pagi, 3 Mei
- PlayStation Village Demo: 5 Petang, 18 April – 1 Pagi, 19 April
- PlayStation Castle Demo: 5 Petang, 25 April – 1 Pagi, 26 April
Mercenaries Mode
Capcom juga telah mengumumkan kembalinya Mercenaries Mode untuk Resident Evil Village. Ia adalah mod permainan yang lebih memfokuskan kepada aksi di mana pemain perlu melalui sesuatu kawasan dalam jangka masa yang terhad. Namun kali ini ia menyertakan penambahan, antaranya pemain boleh membeli barangan seperti senjata semasa pertengahan sesi permainan, pemain juga boleh memilih pelbagai kebolehan untuk digunakan.
Dead by Daylight
Bersempena dengan ulang tahun ke-25 Resident Evil, Dead by Daylight juga akan menerima kandungan berdasarkan siri ini. Namun, buat masa ini maklumat lanjut mengenainya seperti siapa yang akan menjadi survivor dan killer tidak dikongsi kan lagi. Ia dijangka akan tiba pada bulan Jun ini.
Resident Evil 4 VR
Bagi pemain yang inginkan sesuatu lebih seram, Capcom juga telah mengumumkan yang Resident Evil 4 akan menerima versi realiti maya. Ia diumumkan bersama dengan Oculus dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi ketika Oculus Gaming Showcase yang berlangsung pada 21 April ini.
Bagi pengikut setia siri Resident Evil, ia sudah semestinya satu pengumuman yang baik terutama yang ternanti-nanti untuk mencuba Resident Evil Village yang akan dilancarkan pada 7 Mei 2021. Mereka juga ada berkongsi treler baharu untuk animasi Resident Evil Infinite Darkness yang kami akan kongsi-kan di satu artikel yang berbeza.


