Henry Cavill adalah pelakon yang semua kenal dengan watak Superman. Beliau mula muncul dalam filem Man of Steel, dan kemudian meneruskan berlakon sebagai watak tersebut untuk Batman v Superman dan Justice League. Namun pada tahun 2018, terdapat laporan mengatakan – Henry Cavill akan berhenti memainkan watak ini dan jika akan datang akan ada watak Superman dalam mana-mana filem DC ia akan digantikan dengan pelakon lain.

Tidak dinafikan yang Henry Cavill adalah seorang pelakon yang baik dan watak Superman yang beliau mainkan juga digemari ramai berbanding dengan filem-filem Superman lain. Terkini, peminat Henry Cavill nampaknya akan kembali mengukir senyuman kerana Henry akan kembali memainkan watak Superman untuk beberapa filem baru DC. Walau bagaimanapun, tiada pengesahan jika akan ada filem solo Man of Steel 2, sekuel atau prekuel buat masa ini. Kerana, menurut laporan Henry Cavill akan kembali dalam bentuk penampilan khas filem-filem lain.

Menurut laporan dari Variety, antara filem baru yang Henry Cavill akan berlakon sebagai Superman adalah The Suicide Squad (arahan James Gunn), Aquaman 2 atau juga The Batman – tetapi bukan potongan Snyder. Masih misteri, bagaimana dan jalan cerita atau juga rekaan watak. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini