Skip to main content

Henry Cavill adalah pelakon yang telah memakai mantel sebagai Superman sebanyak tiga kali sejak tahun 2013 melalui Man of Steel, kemudian Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League. Tetapi kemudian ada sedikit isu yang terus menghentikan beliau meneruskan memakai mantel watak tersebut. Baru-baru ini terdapat laporan mengatakan yang Henry Cavill akan terus memainkan watak Superman dalam filem-filem DCEU dan salah satu filem akan datang adalah filem The Suicde Squad.

Dalam laporan Variety baru-baru ini, Henry Cavill menyatakan yang beliau memang berminat untuk teruskan sahaja memainkan watak Superman ini. Ini kerana menurut beliau, memainkan watak Superman ini adalah satu tanggungjawab besar – lebih-lebih lagi pada mata peminat kanak-kanak. Mereka tidak akan lihat beliau sebagai Henry Cavill, tetapi adalah sebagai Superman. Beliau juga sudah lama menjadi peminat watak Superman dan watak ini telah mengubah hidup beliau, lagi-lagi memberi kesedaran untuk menjadi insan yang lebih baik.

Leave a Reply