D.B. Weiss dan David Benioff adalah penulis skrip bagi siri TV popular Game of Thrones. Sayang sekali musim kelapan menerima kritikan kerana dua buku terakhir yang masih belum siap ditulis oleh George R.R. Martin.

D.B. Weiss dan David Benioff turut dipilih untuk terlibat dengan pembikinan projek Star Wars, tetapi ditolak kerana ingin fokus kepada projek bersama Netflix. Mereka berdua juga tidak terlibat dengan prekuel Game of Thrones, House of the Dragon.

Terkini, akhirnya projek Netlfix D.B dan David didedahkan – iaitu filem muzikal Metal Lords. Filem ini akan menyertakan pelakon Jaeden Martell (Knives Out, IT), Isis Hainsworth (Misbehaviour, Emma), dan pelakon baharu Adrian Greensmith. Ia akan mengisahkan dua orang pelajar yang bersemangat tubuhkan band muzik metal. Untuk semua elemen muzikal, Penerbit Eksekutif Muzik adalah bekas gitaris Rage Against the Machine – Tom Morello.

Filem ini akan diarahkan oleh Peter Sollett, diterbit oleh Greg Shapiro, Bernie Caulfield dan Robin Fisichella. Tiada butiran lain seperti tarikh siaran, sinopsis lengkap lagi – jadi sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini