Informasi Permainan Video Terkini
Netflix Mendapatkan Khidmat Kerja Penulis-Penulis Game of Thrones Untuk RM800 Juta

Netflix Mendapatkan Khidmat Kerja Penulis-Penulis Game of Thrones Untuk RM800 Juta

Diterbitkan pada Ogos 8, 2019 oleh .

Nama-nama Dann Weiss dan David Benioff terkenal kerana merekalah dalang dibelakang siri televisyen popular Game of Thrones. Cerita fantasi tersebut, yang berjalan selama lapan musim di HBO boleh dikatakan diantara siri televisyen yang paling ditonton dan popular di dunia.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Netflix telah menandatangani perkhidmatan kedua-dua penulis ini didalam sebuah perjanjian yang bernilai $200 juta (~RM800 juta).

Butiran khusus seperti filem-filem ataupun siri televisyen yang akan dikepalai mereka tidak diketahui lagi buat masa ini, tetapi pihak Netflix turut mengesahkan bahawa perjanjian tersebut akan mengikat kedua-dua penulis ini kepada mereka untuk beberapa tahun.

Apa yang menarik mengenai perjanjian ini ialah Netflix bukan satu-satunya syarikat yang cuba untuk mendapatkan khidmat kerja Dann Weiss dan David Benioff. Mereka juga telah didekati oleh Amazon dan Disney untuk mencipta kandungan baru untuk platform-platform penstriman mereka, tetapi mereka akhirnya memilih Netflix.


TIPS & ULASAN