Skip to main content

Dann Weiss dan David Benioff ialah dua insan yang bertanggungjawab mengadaptasi novel Game of Thrones menjadi siri TV HBO yang popular. Mereka kemudian diumumkan bekerjasama dengan Disney untuk menerbitkan trilogi filem Star Wars pada tahun 2018. Tetapi hari ini mereka mengeluarkan kenyataan menarik diri dari siri trilogi baharu yang sepatutnya tiba pada tahun 2022.

Sebab yang diberikan ialah kekangan masa kerana turut terlibat dalam projek bersama Netflix yang diumumkan pada bulan Ogos yang lalu. Penarikan diri mereka dari projek Star Wars mula kedengaran selepas Kevin Feige diumumkan turut terlibat dalam penerbitan filem Star Wars baharu. Ini ialah projek kedua mereka yang ditamatkan selepas siri Confederate mereka untuk HBO dilaporkan dibatalkan kerana kontroversi melibatkan isu perkauman.

Leave a Reply