Pada Oktober tahun lepas, HBO telah mengumumkan siri sampingan untuk Game of Thrones iaitu House of the Dragon. Ia adalah siri yang memfokuskan keluarga Targaeryen dan berlaku 300 tahun sebelum kejadian di dalam Game of Thrones.
Berdasarkan temubual bersama Variety, ketua rancangan HBO Casey Bloys mengatakan jangkaan terbaik mengenai tarikh pengeluaran untuk siri tersebut adalah pada tahun 2022.
Namun, buat masa ini beliau tidak boleh memberikan satu jangka masa yang tetap dan mengatakan siri tersebut masih di peringkat awal produksi. Siri ini dicipta bersama oleh George R.R. Martin dan Ryan Condal dan ia adalah adaptasi novel Fire & Blood.