Informasi Permainan Video Terkini
Nickelodeon Akan Hadir Dengan Siri SpongeBob SquarePants Baru

Nickelodeon Akan Hadir Dengan Siri SpongeBob SquarePants Baru

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Semalam, kami telah laporkan yang mana Nickelodeon ingin hasilkan siri animasi Star Trek untuk kanak-kanak. Bersama-sama dengan itu, Nickelodeon turut bakal hadir dengan banyak lagi siri Star Trek seperti animasi untuk orang dewasa Lower Deck, siri memfokuskan watak Picard lakonan Patrick Stewart dan banyak lagi.

Hari ini, Nickelodeon dilaporkan akan hadir dengan siri baru SpongeBob SquarePants. Menurut presiden baru Nickelodeon, Brian Robbins – siri SpongeBob telah berlangsung selama 20 tahun dan ia adalah ‘dunia Marvel’ mereka. Rancangan beliau buat siri ini adalah, ia akan mengisahkan asal-usul SpongeBob dan Patrick. Kelak, mereka juga mungkin akan hadir dengan siri Sandy atau Plankton yang tersendiri.

Pada November tahun lepas, pencipta SpongeBob SquarePants – Stephen Hillenburg telah meninggal dunia atas penyakit ALS. Dengan rancangan untuk hadir dengan siri baru animasi span bentuk kotak ini, secara tidak langsung ia juga akan terus memperingati beliau.


TIPS & ULASAN