Skip to main content

Berita menyedihkan buat peminat animasi khususnya siri SpongeBob SquarePants hari ini. Pencipta siri animasi popular ini, Stephen Hillenburg telah meninggal dunia pada usia 57 tahun kerana penyakit ALS atau lebih dikenali sebagai Lou Gehrig Disease.


ALS secara pelahan-lahan mengakibatkan pesakit hilang kawalan otot mereka. Ini bukan sahaja menyebabkan mereka hilang kawalan anggota seperti tangan dan kaki malah keupayaan bernafas. Kematian Stephen Hillenburg diratapi bukan sahaja kerana ciptaan beliau mendatangan kegembiraan kepada jutaan insan dunia tetapi beliau menyumbangkan suara kepada watak Potty The Parrot dan terlibat dengan animasi Rocko’s Modern World.

Leave a Reply