Filem Spider-Man: Far From Home berakhir dengan agak tragik apabila identiti Spider-Man didedahkan oleh Mysterio. Perkara ini menimbulkan spekulasi yang akan munculnya watak Spider-Man lain dari dunia lain bagi membantu Peter Parker. Kita sudah tahu yang Spider-Man 3 akan berkait rapat dengan WandaVision dan Dr. Strange in the Multiverse of Madness, yang mana bermain dengan realiti, rentas-dunia serta dunia/dimensi lain.

Disebabkan itu juga ada kedengaran Charlie Coxx kembali sebagai Matt Murdock dalam filem ini, mungkin akan menjadi peguam kepada Peter Parker atau penasihat. Kenapa saya ceritakan perkara ini? Ini kerana satu watak misteri detektif dilaporkan akan terlibat dalam filem ini. Watak ini dilakonkan oleh Arian Moayed, iaitu Stewy Hosseini (rakan lama Kendall Roy dalam siri TV HBO Successions). Detektif ini mungkin akan menyiasat kes Peter Parker yang dituduh membunuh “adiwira” Mysterio, dan beliau mungkin boleh menjadi baik dan mungkin boleh menjadi jahat – kerana perwatakan beliau yang hebat dalam siri-siri TV lain.

Tetapi siapakah watak ini? Adakah watak adiwira? Adakah watak ciptaan atau dari komik? Menurut Murphy’s Multiverse, Arian sudah pun selesai sesi penggambaran beliau. Jadi mungkin beliau memainkan watak sampingan seperti Charlie Coxx? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini