Take-Two Interactive hari ini telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi tahun 2020 dan pada masa sama telah mengumumkan jumlah beberapa permainan mereka utama mereka terjual. Antaranya adalah Grand Theft Auto V di mana mereka mengumumkan permainan tersebut telah terjual sebanyak 140 juta unit.

Mereka juga mengumumkan yang GTA Online mempunyai jumlah pemain yang lebih tinggi setiap bulan berbanding bulan-bulan pada tahun lain sejak ia dilancarkan, dan ia telah menjana pendapatan 28% lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Satu lagi permainan oleh Rockstar iaitu Red Dead Redemption 2 pula telah terjual sebanyak 36 juta unit, dan Red Dead Online mempunyai pemain lebih tinggi pada bulan Disember lepas berbanding mana-mana bulan sejak ia dilancarkan. Ini mungkin kerana Red Dead Online kini sudah ditawarkan secara berasingan dengan harga promosi RM20.

Permainan lain yang diumumkan adalah Borderlands 3 kini terjual sebanyak 12 juta unit dan NBA 2K21 sebanyak 8 juta unit.

Sohor Kini