Red Dead Online Kini Ditawarkan Dengan Harga Promosi RM20

Kemaskini: Red Dead Online secara kendiri kini boleh didapati melalui PS Store, Xbox Store dan PC pula ditawarkan melalui Steam, Epic Games Store, Rockstar Launcher serta Microsoft Store. Ia ditawarkan dengan harga RM20 ataupun $4.99 kecuali PS Store di mana ia masih ditawarkan dengan harga bukan promosi iaitu RM79.


Artikel Asal: Rockstar Games telah mengumumkan yang mereka akan menawaran Red Dead Online secara berasingan bermula 1 Disember ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia akan dijual dengan harga $20, akan tetapi pada pelancaran sehingga 15 Februari 2021 ia ditawarkan dengan harga $4.99 (~RM20).

Red Dead Online sebelum ini dikeluarkan sebagai sebahagian daripada Red Dead Redemption 2. Bagi pemain yang membeli Red Dead Online, mereka juga akan mendapat pilihan untuk mendapatkan Red Dead Redemption 2 kemudian, tetapi tidak disahkan lagi harga untuk penambahan tersebut.

Pemilik PlayStation 5 dan Xbox Series juga boleh bermain versi ini melalui fungsi keserasian belakang. Menurut Rockstar Games, ia akan memerlukan 123GB storan.

Sohor Kini