Pada tahun lepas, Ikea telah mengumumkan mereka bekerjasama dengan Republic of Gamers (ROG) untuk menghasilkan perabot yang mesra penggunaan semasa bermain permainan video. Melalui artikel temubual mereka akhirnya memperlihatkan beberapa perabot serta barangan yang akan dikeluarkan.

Antara yang diperlihatkan adalah kerusi yang berbanding mengambil rekaan biasa seperti kerusi ‘gaming’, ia mengambil rekaan berdasarkan kerusi untuk kegunaan di pejabat. Ia juga memperlihatkan lampu meja yang memfokuskan untuk kegunaan penstriman, dan juga pemegang telefon pintar.

Mereka juga memperlihatkan meja yang mempunyai rekaan memberi keselesaan untuk penggunaan papan kekunci untuk masa yang lama, dan juga tempat untuk meletakkan gelas minuman ataupun tumbler, namun meja ini mungkin rekaan tersedia.

Bagi pengurusan kabel, terdapat juga tempat untuk mengemaskan kedudukan wayar-wayar di atas meja, termasuk juga untuk tetikus.

Selain perabot, mereka juga menyertakan bantal untuk badan dan juga tengkuk, berkemungkinan untuk digunakan semasa sesi bermain ataupun semasa anda ingin berehat.

Sebelum ini, Ikea telah mengumumkan yang mereka menyasarkan untuk menghasilkan 30 produk yang akan dilancarkan terlebih dahulu di China pada Februari tahun ini dan akan tiba di pasaran global pada Oktober 2021.

Sohor Kini