Ikea hari ini mengumumkan yang mereka akan berkerjasama dengan Republic of Gamers iaitu jenama di bawah Asus untuk hadir dengan perabot yang memfokuskan kepada pengunaan semasa bermain permainan video.

Mereka mengatakan yang ia akan meneruskan apa yang mereka sudah lakukan melalui kerjasama dengan UNYQ dan Area Academy pada tahun lepas. Kerjasama ini akan diterajui oleh Pusat Pembangunan Produk Ikea di Shanghai, China.
Sebagai permulaan Ikea dan ROG sudah mendapat pelbagai pendapat dari pemain profesional dan juga pemain permainan video di Shanghai untuk mengetahui kehendak mereka. Ikea mensasarkan untuk menghasilkan 30 produk yang akan dilancarkan terlebih dahulu di China pada Februari tahun hadapan dan Oktober 2021 untuk pasaran lain.