Justice League: The Snyder Cut adalah filem Justice League yang disunting semula oleh Zack Snyder. Filem ini pada asalnya adalah filem Zack Snyder, tetapi selepas ada isu keluarga – Joss Whedon mengambil alih. Disebabkan hal itu, filem yang Zack Snyder ingin sampaikan tidak tercapai dan versi Joss Whedon menerima kritikan. Filem ini juga menjadi filem PG13 dan banyak adegan menarik dipotong.

Selepas Justice League potongan Snyder diumumkan, ramai tidak sabar akan kehadiran filem ini. Filem akhirnya disahkan menerima pengkadaran R, yang mana mengandungi banyak kandungan ganas dan penggunaan bahasa kesat. Ini adalah pengkadaran yang sama dengan filem Deadpool. Ini bermakna, filem ini akan mempunyai banyak adegan menarik yang ganas, seperti banyak darah, organ di sana-sini, tubuh badan terputus atau mencarut dengan banyak.

Filem ini akan disiarkan di HBO Max pada 18 Mac ini dalam 4 bahagian, di mana satu bahagian adalah 1 jam. Untuk pengguna tempatan, filem ini akan disiarkan melalui HBO Go. Filem ini akan mengandungi banyak adegan baharu, suntingan semula dan mengubah sedikit jalan cerita. Secara tidak langsung menjadikan pengalaman menonton berbeza.

Sohor Kini