Sebelum ini kami melaporkan yang Justice League suntingan Snyder ataupun Snyder Cut akan tiba pada bulan Mac 2021 secara berepisod ataupun siri-mini yang secara penuhnya adalah 4 jam. Namun, melalui kenyataan terbaru oleh Zack Synder ia mungkin tiba sebagai satu filem panjang berbanding siri-mini.

Seorang peminat telah bertanya di Vero iaitu platform sosial yang digunakan oleh Zack Snyder jika Justice League adalah satu siri ataupun satu filem. Zack Snyder membalas yang ia adalah “satu filem”.

Dengan ia akan tiba melalui platform penstriman, sama-ada sebagai satu filem atau satu siri tidak membawa kesan kerana penonton masih lagi boleh memilih untuk jeda filem tersebut. Cuma yang pasti apabila ia tiba Mac ini, ia akan tiba secara terus tanpa perlu menunggu setiap minggu contohnya. Ia akan dikeluarkan melalui HBO Max dan HBO Go di Asia.

Sohor Kini