Filem Justice League yang disunting Zack Snyder nampaknya telah menerima tarikh tayangan baru, dimana ia akan ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman video HBO Max.

Zack Snyder ialah pengarah asal Justice League, tetapi beliau terpaksa meninggalkannya akiba kematian anak beliau meninggal dunia, dan arahannya diambil-alih oleh Joss Whedon.

Filem tersebut sayangnya menerima kritikan yang agak serius, dan boleh dikatakan tidak berjaya untuk menjadi filem adiwira DC Extended Universe yang boleh menandingi Marvel Cinematic Universe.

Justice League Snyder Cut ini hadir dengan penceritaan dan juga gaya suntingan berbeza dengan apa yang diperlihatkan sebelum ini, jadi ia boleh dianggap sebagai filem yang berbeza daripada apa yang diperlihatkan sebelum ini.

HBO melalui akaun Twitter HBO Max mereka telah memperlihatkan beberapa gambar acah dan tarikh tayangan filem pada 18 Mac 2021. Mereka juga mengatakan bahawa filem ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman tersebut.

Ia juga dikatakan bahawa jangkamasa tayangan filem ini adalah sekitar 4 jam.

Sohor Kini