Google hari ini telah mengumumkan yang mereka telah menutup Stadia Games and Entertainment iaitu studio yang ditubuhkan oleh mereka pada tahun 2019 untuk membangunkan permainan secara eksklusif untuk perkhidmatan Stadia.
Menurut Google, mereka akan terus melabur di dalam pembangunan Stadia tetapi tidak lagi memfokuskan kepada pembangunan permainan sendiri sebaliknya akan bekerjasama dengan pembangun pihak ketiga untuk membawa permainan mereka ke Stadia.
Jade Raymond yang menyertai Google sebagai Naib Presiden untuk mengetuai Stadia Games and Entertainment dikatakan telah mengambik keputusan untuk meninggalkan Google dan mencari peluang di tempat lain. Pekerja-pekerja lain akan diserap masuk ke dalam Google untuk tugasan yang berbeza.