Seperti tahun-tahun sebelum ini, bersempena dengan tahun baru, Hideaki Itsuno iaitu pengarah siri Devil May Cry dan Dragon’s Dogma memperacahkan projek baharu melalui akaun Twitternya.

Melalui kenyataan beliau, beliau kini sedang membangunkan projek baharu dan menariknya, sebelah beliau adalah Reuben Langdon iaitu pelakon suara latar dan pelakon pergerakan Dante daripada siri Devil May Cry. Beliau juga menyatakan yang mana projek tersebut masih lagi di dalam awal produksi dan akan kongsikan pengumumannya kelak.

Meskipun begitu buat masa Hideaki Itsuno mahupun Capcom tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan projek baharu beliau dan kami percaya ianya mungkin adalah Dragon’s Dogma 2 yang sering menerima ura-ura kebelakangan ini.

Sohor Kini