Square-Enix hari ini berkongsi yang mana permainan NieR: Automata yang dilancarkan pada 2017 lepas telah pun mencapai jumlah edaran dan jualan digital melebihi 5 juta unit.

Jumlah ini semestinya adalah peningkatan yang baik sejak awal tahun ini yang kami laporkan ia mencapai sejumlah 4.5 juta unit, sekaligus peningkatan sebanyak separuh juta sejak Mac.

NieR: Automata merupakan permainan aksi pengembaraan oleh Square-Enix dan dibangunkan oleh Platinum Games di mana ia adalah permainan berdasarkan siri NieR yang dilancarkan sejak 2010 lepas. NieR: Automata boleh dimain di PlayStation 4, Xbox One dan PC, manakala permainan pernambah-baikkan NieR Replicant Ver.1.122474487139… akan tiba April tahun hadapan.

Sohor Kini