Skip to main content

Selain menyambut ulang tahun ke-10 dengan mengumumkan olahan semula untuk permainan Nier Replicant, dan juga permainan mudah alih, Square Enix juga mengumumkan yang permainan Nier: Automata telah diedarkan dan dibeli secara digital sebanyak 4.5 juta unit.

Jumlah tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 500 ribu unit berbanding laporan sebelum ini iaitu pada bulan Mei tahun lepas. Kejayaan Nier: Automata ini sudah tentu menjadi penggerak utama untuk mereka mengeluarkan permainan-permainan lain di bawah IP ini.

Nier: Automata sudah-pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply