Ready Player One adalah satu filem yang menarik. Ia mengisahkan dunia yang tergila-gilakan permainan realiti maya. Kehidupan semua manusia dilihat bergantung kepada dunia maya ini. Filem ini turut memfokuskan kepada watak Wade Watts yang menyertai pertandingan yang diadakan oleh mendiang pencipta OASIS (permainan yang semua orang sedang main) James Halliday. James sudah lama mati, tetapi beliau tinggalkan “kunci” untuk akses penuh serta mengambil-alih kawalan OASIS di dalam permainan ini. Siapa jumpa OASIS adalah milik Si Dia.

Ernest Cline, iaitu penulis novel bagi filem ini dengan judul yang sama baru sahaja melancarkan novel Ready Player Two pada bulan lepas. Menurut beliau, novel ini turut akan diadaptasi menjadi filem. Ia adalah filem sekuel yang terus bersambung dari filem pertama. Menurut sumber, filem kedua adalah mengenai Wade masuk ke OASIS semula dal menyelesaikan misteri tekaria nostalgia tahun 80-an dan memburu harta karun (Easter Egg).
Tidak dinafikan yang ada sahaja perkara mengarut dalam filem Ready Player One, seperti kaedah bermain yang tidak konsisten, konsep yang kejap mati dalam permainan turut mati di dalam dunia, kadangkala mati dalam permainan bermakna mati dalam permainan sahaja dan kemudian hadir dengan watak-watak penampilan khas dari permainan-permainan video terkenal agar mengalihkan fokus penonton.
Harapnya, filem kedua lebih seronok dan masuk akal. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai filem ini di Aksiz.