Skip to main content

Beberapa minggu lepas, Keichiro Toyama iaitu pencipta untuk siri Silent Hill dan Gravity Rush menugmumkan studio baharu beliau iaitu Bokeh Game Studio di mana ia disertai bersama Kazunobo Sato dan Junya Okura.

Terkini melalui laporan IGN, Keiichiro Toyama mengumumkan permainan pertama yang akan mereka bangunkan iaitu satu permainan aksi pengembaraan bertemakan elemen seram dan ia dirancang untuk tiba sekitar tahun 2023 ini.

Menurut Keiichiro Toyama, permainan tersebut akan menyertakan bentuk pertempuran dengan elemen penceritaan yang mendalam seperti mana permainan beliau sebelum ini di Japan Studio dan Konami. Dari segi platform, beliau menyatakan ia akan tiba di PC sebagai platform utama dan akan turut tiba di konsol.

Meskipun begitu, buat masa ini masih belum terdapat informasi lanjtu mahupun tajuk permainan tersebut dan Keiicho Toyama hanya mengesahkan ia akan memfokuskan elemen permainan seram dengan pengalaman yang lebih meluas berbandingkan permainan yang terlalu menggerunkan.

Laporan tersebut juga menyatakan yang mana permainan tersebut sedang dibangunkan oleh pasukan pembangun yang ramai dan masih lagi berada di peringkat awal pembangunan. Keiichiro Toyama juga menyatakan inspirasi studionya banyak juga diambil oleh genDesign yang diketuai oleh Fumito Ueda untuk memfokuskan pengalaman mereka dan membawa ke permainan seterusnya.

Bagi anda yang ingin mengikuti studio tersebut, anda boleh ke Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Sumber: IGN

Leave a Reply