Keichiro Toyama semestinya nama pembangun yang tidak asing bagi peminat siri Silent Hill ataupun Gravity Rush di mana minggu ini, beliau mengumumkan yang mana beliau secara rasmi meninggalkan Sony Interactive Entertainment Japan Studio pada Ogos lepas dan menubuhkan studio pembangun sendiri iaitu Bokeh Game Studio.

Bersama beliau iaitu Kazunobo Sato dan Junya Okura juga akan menyertai beliau di dalam studio tersebut di mana mereka menyatakan akan menghasilkan permainan di konsol dan juga PC. Ketiga-tiga mereka juga sebelum ini terlibat dengan kebanyakan siri permainan awal Silent Hill dan Siren dan juga kedua-dua permainan Gravity Rush.

Bagi anda yang ingin mengikuti siri tersebut, anda boleh ke Facebook dan Twitter rasmi mereka.

Sohor Kini