Chaos Walking adalah satu filem yang aneh. Ia berlaku di dunia, di mana wanita boleh dikatakan sudah pupus kerana dijangkiti dengan sejenis kuman atau benda aneh yang digelar sebagai Noise. Lelaki yang dijangkiti tidak boleh lagi berahsia, kerana apa yang mereka fikir akan dipaparkan secara visual. Bisikan hati para jejaka dipaparkan secara visual agar lelaki tidak boleh berahsia, tikam belakang dan sebagainya.

Filem ini membawakan pelakon seperti Tom Holland, Daisy Ridley dan Mads Mikkelsen. Lionsgate hari ini menerbitkan satu klip dari filem tersebut, yang mana juga merupakan klip yang sedikit lebih panjang dari video acah sebelum ini. Klip ini adalah pertemuan kali pertama antara seorang lelaki dan juga seorang wanita iaitu Todd Hewitt (lakonan Tom Holland) dan Viola (lakonan Daisy Ridely).

Todd dilihat terkejut dan berkata macam-macam, Viola dilihat terkejut lalu melarikan diri. Ini adalah satu konsep filem yang aneh, tetapi kelihatan menarik dan membuatkan lkami tidak sabar untuk menyaksikannya. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2021.

Sohor Kini