Jango Fett adalah seorang pemburu upahan yang digeruni oleh orang ramai (lakonan Temuera Morrison). Beliau juga adalah klon kepada setiap ahli Storm Troopers dan mempunyai anak bernama Boba Fett – yang juga adalah klon beliau tetapi dijaga, dididik seperti anak sendiri. Boba Fett meneruskan legasi bapa beliau sebagai pemburu upahan, di mana mempunyai skil yang hebat sehinggakan Darth Vader sendiri mengupah beliau.

Star Wars Episode VI Return Of The Jedi

Pelakon asal Boba Fett adalah Jeremy Bulloch, muncul buat pertama kalinya di dalam filem Star Wars: Episode V – The Empire Strikes Back dan watak beliau tamat di dalam Star Wars: Episode VI – Return of the Jedi. Kini di dalam siri TV Disney+ The Mandalorian, Boba Fett telah kembali dan pelakonnya adalah Temuera Morrison. Ini masuk akal menggunakan Temuera sekali lagi, kerana Jango dan Boba adalah klon jadi Boba dewasa masuk akal menggunakan wajah yang sama dan pelakon yang sama dengan Jango. Semasa kecil, Daniel Logan memainkan watak Boba Fett.

Berita sedih hari ini adalah, Jeremy Bulloch telah meninggal dunia pada usia 75 tahun. Tahun ini, dua orang pelakon filem legenda Star Wars telah pergi – sebelum ini adalah pelakon Darth Vader Dave Prowse. Jeremy meninggal dunia di hospital setelah sekian lama menghidap penyakit Parkinson. Harapnya, pelakon Temuera dapat meneruskan legasi watak Boba Fett dengan baik.

Sohor Kini