Pelakon Darth Vader Dave Prowse Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bagi yang tidak tahu, terdapat dua pelakon Darth Vader dalam trilogi asal filem Star Wars – iaitu Dave Prowse dan James Earl Jones. Dave Prowse adalah individu di dalam kostum Darth Vader dan James Earl Jones pula adalah suara pelakon suara bagi watak ini.

Terkini, kesemua peminat Star Wars dikejutkan dengan berita kematian Dave Prowse. Beliau telah meninggal dunia pada usia 85 tahun dan punca kematian adalah Koronavirus Covid-19. Selain daripada berlakon, beliau turut dikenali sebagai pembina badan seperti Arnold Schwarzenegger. Nama beliau turut dikenali ramai disebabkan kerjaya beliau berlakon sebagai Darth Vader. Lakonan terakhir beliau adalah sebagai Professor Henry Wales dalam siri TV Mission Backup Earth pada tahun 2016.

Sohor Kini