Skip to main content

Bayangkan, keluarga anda baru sahaja melalui satu tragedi ngeri. Tidak mampu melakukan kerja harian di rumah, lalu anda mengupah orang gaji untuk membantu. Tiba-tiba perkara seram, mistik dan misteri berlaku. Inilah yang berlaku kepada keluarga Turner dalam siri TV “Servant” eksklusif di Apple TV+. Ia adalah antara siri TV terawal yang tiba di platform ini dan musim kedua akan disiarkan pada Januari tahun hadapan.

Video Acah Musim Ke-2

Belum 2021 dan sekitar sebulan sebelum musim kedua “Servant” disiarkan, siri TV ini disahkan menerima pembaharuan untuk musim ketiga pula. Deadline melaporkan hal ini, yang mana kini Servant menyertai For All Mankind, Dickinson dan Ted Lasso yang menerima musim ketiga lebih awal sebelum musim kedua disiarkan.

Nampaknya, siri TV yang dihasilkan oleh M. Night Shyamalan dan Tony Basgallop ini menarik perhatian ramai sehingga Apple yakin untuk teruskan dengan musim baharu.

Leave a Reply