Skip to main content

Ogos lepas kami melaporkan yang mana penggambaran musim kedua For All Mankind sedang berlangsung dan kini, Apple akhirnya mengumumkan musim kedua siri tersebut akan tiba secara rasmi pada 19 Februari 2021 ini eksklusif di Apple TV+

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, For All Mankind ialah sebuah siri realiti alternatif mengenai Soviet Union yang menjadi negara pertama yang mendarat di bulan dan musim kedua ini akan memfokuskan sedekad selepas musim pertama di saat peperangan dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Drama siri ini dihasilkan oleh Ronald D. Moore, Ben Nedivi dan Matt Wolpert dan dibintangi oleh beberapa pelakon dari musim pertama seperti Joel Kinnaman, Michael Dorman, Sarah Jones bersama barisan pelakon baharu seperti Cynthy Wu, Coral Pena dan Casey W. Johnson.

Apple TV+ merupakan servis langganan siri TV khas oleh Apple di mana ia menyertakan pelbagai siri asli menarik dengan harga serendah RM19.90. Anda juga boleh melanggannya melalui Apple One, iaitu servis langganan pelbagai khas oleh Apple dengan harga yang sama.

Bagi anda yang berminat, anda juga boleh mencubanya selama 7 hari secara percuma dan pada masa yang sama, buat pemilik peranti Apple seperti iPhone, iPad, Apple TV, Mac ataupun iPod Touch baharu, Apple juga menawarkan langganan Apple TV+ secara percuma selama setahun dan perlu ditebus dalam masa 3 bulan peranti tersebut diaktifkan.

Leave a Reply