Servant adalah siri TV seram negeri dari M. Night Shyamalan. Ia disiarkan secara eksklusif untuk paltform penstriman video Apple, Apple TV+. Ia mengisarkan keluarga Turner yang baru sahaja melalui tragedi. Kemudian mereka mengupah orang gaji baharu dan secara tiba-tiba perkara seram, mistik dan misteri berlaku.

Siri TV ini sudah pun tamat dengan musim pertama. Musim kedua sudah disahkan dengan video acah yang menyatakan tarikh serta pendapat orang ramai. Ia akan disiarkan di Apple TV+ pada 15 Januari 2021. Walau bagaimanapun, butiran lanjut seperti senarai pelakon dan sinopsis masih belum didedahkan lagi.

Sohor Kini