Skip to main content

Selepas pengundian untuk beberapa hari yang lepas, Ghost of Tsushima oleh Sucker Punch telah memenangi Anugerah Pilihan Pemain di The Game Awards. Anugerah Pilihan Pemain merupakan anugerah yang sepenuhnya dipilih berdasarkan undian pemain, anugerah lain adalah kombinasi undian pemain dan juga pilihan juri.

Keputusan terakhir tidak diperlihatkan, tetapi kali terakhir kami melihat, Ghost of Tsushima berada di tempat pertama dengan undian menghampiri 40%, diikuti oleh The Last of Us Part 2, Hades, Doom dan Marvel’s Spider-Man Miles Morales.

Oleh kerana kesemua permainan di atas juga merupakan calon untuk Pemain Terbaik Tahun Ini, kecuali Miles Morales, agak menarik untuk kita nantikan, jika ia memberikan keputusan yang sama. Ia juga mungkin dimenangi oleh 2 pemain lain iaitu Final Fantasy VII Remake dan Animal Crossing.

Tahniah kami ucapkan untuk Sucker Punch dan juga SIE, anda boleh baca ulasan kami untuk Ghost of Tsushima di pautan ini.

The Game Awards akan berlangsung pada 11 Disember ini, dan anda boleh tonton bersama dengan kami melalui strim langsung pada pukul 8 pagi di Youtube Aksiz.

Leave a Reply