Filem Logan adalah filem Wolverine terakhir (setakat yang kita tahu dari Fox) lakonan Hugh Jackman. Filem ini memperlihatkan kematian Wolverine dan juga anak beliau X-23 lakonan Dagfne Keen. X-23 adalah hasil eksperimen pihak musuh yang menggunakan DNA Wolverine untuk menghasilkan senjata daripada kanak-kanak Mutant.

Dalam temuramah Elle, Dafne Keen mengesahkan yang Fox (sebelum dibeli Disney dan menjadi 20th Century Studios) pernah merancang untuk hadir dengan filem sampingan – X-23. Tetapi selepas filem itu tamat, Dafne tidak lagi dihubungi oleh Fox dan berita mengenai perancangan filem ini terus terdiam begitu sahaja.

Kini X-Men kembali dimiliki oleh Disney dan Marvel Studios ada merancang untuk menyertakan X-Men di dalam MCU. Tidak pasti jika pelakon lama akan dibawa masuk ke dalam MCU atau X-Men akan diolah semula. Agak rugi dan sia-sia jika ia diolah semula. X-Men sudah pun mempunyai francais yang baik dan pelakon yang hebat.

Harapnya, kita akan dengar berita mengenai X-Men dari Disney tidak lama lagi.

Sohor Kini