James Bond adalah seorang perisik, yang turut dikenali sebagai Ejen 007. Francais filem ini adalah sangat popular, sehinggakan ia bernilai $7 bilion. Sehingga haru ini sudah ada 25 filem dalamfrancais James Bond. Filem ke-25 adalah No Time To Die, iaitu lakonan terakhir Daniel Craig sebagai Jame Bond. Filem ini masih bekum ditayangkan, kerana pandemik dan berlaku tangguhan.

Terkini, hampir kesemua filem-filem James Bond boleh distrim secara percuma di YouTube. MGM dilihat hanya menerbitkan 20 filem sahaja, dari Dr. No tahun 1962 sehinggalah Die Another Day tahun 2002. Filem-filem James Bond lakonan Daniel Craig sahaja tidak disiarkan, iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall, dan Spectre.
- Dr. No (1962)
- From Russia with Love (1963)
- Goldfinger (1964)
- Thunderball (1965)
- You Only Live Twice (1967)
- On Her Majesty’s Secret Service (1969)
- Diamonds Are Forever (1971)
- Live and Let Die (1973)
- The Man with the Golden Gun (1974)
- The Spy Who Loved Me (1977)
- Moonraker (1979)
- For Your Eyes Only (1981)
- Octopussy (1983)
- A View to a Kill (1985)
- The Living Daylights (1987)
- Licence to Kill (1989)
- GoldenEye (1995)
- Tomorrow Never Dies (1997)
- The World Is Not Enough (1999)
- Die Another Day (2002)
Walaupun percuma dan anda melanggan YouTube Premium, filem ini akan disiarkan dengan iklan. Pada hemat saya, untuk akses percuma kepada semua francais filem yang bernilai ini – iklan itu boleh saya maafkan.
MGM mungkin siarkan dengan iklan bagi mengumpul dana atas kerugian dari filem No Time To Die. Selagi filem No Time To Die tidak ditayangkan ayau disiarkan, MGM perlu membayar sekitar $1 juta sebulan untik kos-kos pengiklanan dan lain-lain.

Filem ini sepatutnya ada peluang untuk disiarkan di Apple TV+ atau Netflix, tetapi MGM meminta bayaran hak lesen mencapai $800 juta untuk kontrak 1 tahun. Ia terlampau mahal dan tidak berbaloi. Jadi filem No Time To Die diteruskan dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.
Dukacita dimaklumkan, yang siaran kesemua 20 filem James Bond ini terhad di negara-negara terpilih sahaja, seperti Amerika Syarikat. Jika anda ingin menontonnya gunakan akaun Google Amerika Syarikat atau VPN. Bagi filem-filem James Bond yang lain, anda boleh cari di platform penstriman lain.