Platform penstriman Disney+ bakal membawakan sebuah siri drama Korea terbaharu bergenre crime thriller bertajuk The Husband bermula 4 Julai ini. Siri ini membariskan pelakon Namkoong Min dan Lee Sul sebagai peneraju utama.

The Husband memaparkan kisah mengenai Taeju (lakonan Namkoong Min), seorang pakar bedah saraf yang memutuskan untuk bercerai selepas empat tahun mengharungi perkahwinan yang bergolak. Konflik utama bermula apabila isterinya, Seyun (lakonan Lee Sul) yang juga seorang pengerusi hospital, hilang secara misteri pada hari berikutnya. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Taeju bertukar menjadi suspek utama pihak polis dan terpaksa mengelak daripada ditahan demi menyelamatkan isterinya yang hilang.

Projek ini diarahkan oleh Kim Junghyun yang sebelum ini pernah mengarahkan siri Hyper Knife dan Crazy Love, manakala lakon layar pula ditulis oleh Jung Jaeha. Sebelum membintangi projek ini, Namkoong Min terkenal menerusi lakonannya dalam Our Movie dan One Dollar Lawyer, manakala Lee Sul pula pernah terlibat dalam siri Gold Land dan Our Movie.

Disney+ boleh dilanggan dengan harga bermula RM29.90 sebulan.

Leave a Reply