AGBO adalah syarikat produksi milik Joe dan Anthony Russo, iaitu pengarah filem gempak seperti Avengers: Endgame. AGBO turut bertanggungjawab dalam banyak filem seperti 21 Bridges atau Extraction. Terkini, mereka berdua hadir dengan satu lagi filem baru – iaitu Mosul.

Filem ini akan disiarkan di Netflix Malaysia hari ini, iaitu 26 November. Filem ini juga adalah filem bahasa asing daripada AGBO yang memfokuskan bandar Mosul di Iraq. Filem ini mengisahkan Kawa, iaitu seorang polis Iraq yang tidak berpengalaman menyertai pasukan SWAT yang diketuai oleh Major Jasem. ISIS telah menyerang Mosul dan pasukan mereka ini perlu menentang musuh bagi menyelamatkan diri dan keluarga.

Buat pertama kalinya, Matthew Michael Carnahan akan mengarah sebuah filem. Beliau sebelum ini terkenal sebagai penulis bagi filem World War Z. Nampaknya Joe dan Anthony Russo ingin memberikan orang baru cuba menjadi pengarah seperti Sam Hargrave dalam filem Extraction. Bagi yang berminat dengan filem ini, anda boleh tonton hari ini pada 4:00 P.M.

Sohor Kini