Sebelum ini kami laporkan yang mana Craig Mazin, iaitu pencipta siri HBO Chernobyl akan terlibat untuk pembikinan siri HBO The Last Of Us bersama Neil Druckmann.

Kini, Hollywood Reporter melaporkan yang mana pengarah siri HBO Chernobyl sekali lagi akan bekerjasama bersama Craig Mazin, untuk mengarah episod pertama siri HBO The Last Of Us.

Buat masa ini, tidak banyak informasi lain yang dilaporkan. Namun, kami sebelum ini melaporkan yang mana siri HBO ini adalah adaptasi terus daripada permainan The Last Of Us, sekaligus ia mungkin akan menyertakan penceritaan daripada permainan pertama dan permainan kedua yang bakal tiba lewat bulan ini.

Selain daripada Neil Druckmann, iaitu pengarah asal permainan The Last Of Us, Evan Wells iaitu presiden Naughty Dog dan Carolyn Strauss juga akan terlibat dengan penerbitan siri HBO ini dan studio produksi PlayStation Productions juga disahkan akan terlibat.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Sohor Kini