Sony minggu ini telah menawarkan promosi untuk langganan setahun PS Plus dengan potongan harga sebanyak 25% iaitu RM119 berbanding RM159. Bagi anda yang ingin mendapatkan secara kad fizikal pula, penebusan pada bulan ini akan memberikan tambahan sebanyak 3 bulan langganan.

Dengan pelancaran PlayStation 5 tidak lama lagi, ataupun langganan anda sudah menghampiri tarikh tamat dan juga untuk anda yang sekadar ingin menambahkan lagi bulan langganan, ini adalah masa terbaik untuk anda dapatkannya.

Pada bulan ini, pelanggan PS Plus boleh menebus 4 permainan percuma iaitu Middle-Earth: Shadow of War, Guilty Gear Xrd REV 2, Hollow Knight: Voidheart Edition dan Bugsnax (PS5). Pemilik PS5 juga akan mendapat PS Plus Collection.

Sohor Kini